Salam Perkenalan & Asal usul Teh Hajra

Dari mana datangnya kisah pemilik Nuture Herb ini untuk memperkenalkan TEH HAJRA kepada anda semua. Makluman Perkongsian ini.


Penyertaan Huslan Husin, 42, dalam dunia perniagaan berlaku secara spontan apabila ‘ramuan’ buah belimbing gunung atau Hajra pemberian seorang ustaz berhasil menyembuhkan penyakit dihidapinya.
Ikhtiarnya mencuba sebotol air buah belimbing asli pemberian ustaz berasal dari Indonesia itu menampakkan kesan positif apabila penyakit berkenaan beransur pulih selepas mengamalkannya dalam tempoh sebulan.

Kemujaraban herba berkenaan kepada dirinya menyuntik minat Huslan untuk mengembangkan produk berkenaan terutama bagi mereka yang berdepan masalah kesihatan pernah dilaluinya.


Pengurus Jualan Natture Herbs Industries & Marketing itu berkata, percubaannya memasarkan produk berkenaan tidak sia-sia apabila mendapat permintaan daripada
pengguna yang mengetahui khasiat buah terbabit.

“Bagi memudahkan orang ramai menggunakan produk berkenaan, saya mengilangkannya dalam bentuk uncang. Setiap uncang dapat menghasilkan satu teko air minuman dan sesuai untuk pesakit kencing manis.

“Amalan meminum selama sepuluh hari dapat memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit berkenaan.

“Namun penggunaannya minimum kepada golongan normal iaitu satu uncang untuk penghasilan tiga teko,” katanya.

Menurutnya, produk dihasilkan syarikatnya berkhasiat, selain mampu mengeluarkan sisa toksin dalam tempoh tiga hari.

Kesannya, peluh akan menjadi masam, najis berwarna kehitaman dan air kencing berbau hancing,” katanya.

Menurutnya, buah belimbing gunung turut berkhasiat membuang angin dalam badan menerusi pengambilan segelas air, selain dapat memulihkan sengal-sengal badan, sakit tumit dan darah tinggi.

Semua stok bekalan buah belimbing gunung berkenaan diperoleh dari negara Indonesia dan India yang menghasilkan pengeluaran buah terbabit di negara masing-masing.

Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadi tulang belakang dalam membantu memasarkan produk berkenaan.

“Ini termasuk mencadangkan kepada syarikat untuk memasarkan produk dalam bentuk uncang sekali gus mudah diterima pengguna.


“Fama juga tidak pernah lupa untuk menyediakan peluang pemasaran kepada kami menerusi pameran diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara,” katanya.

Ditanya mengenai pengeluaran produk terbabit katanya, syarikat menghasilkan kira-kira 2,000 peket dalam tempoh sebulan.

“Selain dieksport, produk terbabit boleh ditemui di pusat beli belah,” katanya yang berpengalaman membawa lori selama 11 tahun.

Pengamalan produk berkenaan juga dapat membantu pesakit yang mengalami masalah kolesterol, asid dalam badan, kencing tidak lawas, buasir dalam dan luar, senggugut dan beberapa penyakit lain.

Syarikat itu kini beroperasi di Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan

Petikan dari : MyMetro Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26

1 comment:

  1. halo..

    ini haritaki ya? saya di jakarta.. kalau mau pesan bagaimana?

    terima kasih

    ReplyDelete